Habit dalam Bisnes keluarga


 Leading A Family Business When It's Not Your Family: Opportunity Or  Potential Disaster?

 Attitude atau dalam bahasa melayu perangai, sikap, tingkahlaku, akhlak seseorang manusia.Ianya berkisar kepada pembawakan diri seseorang mengikut hati, emosi yang dipengaruhi oleh persekitaran.

Sikap atau perangai atau apa sajalah yang difaham, selalunya berubah mengikut emosi.Semua manusia pada asalnya dilahirkan seperti putih kapas, suci dan bersih. Namun semakin membesar, sedikit2 tompok hitam mengotori hati dan emosi. Pergaulan, persekitaran dirumah, disekolah, ditempat kerja adalah satu2 nya punca merubah sikap manusia menjadi baik kepada tak baik. 

Itulah sebabnya melentur dari rebung menjadi topik utama apabila nak mendidik anak2. Kerana bila dah tua dah menjadi rebung payah nak dilentur.

Adakah attitude berkait rapat dengan qualification? Apa pula qualification? Selalunya bila kita menyebut seseorang yang ada qualification...kita tujukan kepada seseorang yang mempunyai kepandaian. Ye ke? Ye lah kot...hehe.. 

Pokok utamanya sekarang apa kaitan attitude dengan qualification? Adakah orang yang memegang sijil tinggi2 mempunyai perangai yang boleh di contohi? Jawapanya, Ada yang boleh , ada yang tak boleh. Kerana ada setengah orang mempunyai qualification tinggi tapi attitude mak ai...lebih buruk dari budak sekolah darjah satu...hehe

Ada pulak setengah orang, attitude nya sungguhlah baik, tapi takde qualification!

So, siapa yang patut kita ikut? Tepuk dada tanya selera.! 

Tak kisahlah siapa  yang kita nak ikut, apa yang saya nak timbulkan disini ialah, kecundangnya sesebuah syarikat keluarga disebabkan oleh habit/attitude/perangai mereka dalam syarikat sendiri.

Saya tertarik dengan buku yang bertajuk "Behind the Great Corporate Disaster"oleh Sonny Gunawan. Ada 9 sifat atau sikap yang boleh membawa kepada kerosakan sesebuah syarikat terutamanya syarikat milik sendiri.

  1.  Sikap Arogansi
  2. Tidak terkendalinya pengelolaan sumber daya
  3. Praktik tidak sihat
  4. Tiada integrasi dalam organisasi
  5. Planning without execution
  6. Sikap Puas Diri
  7. Bureaucracy trap
  8. Gagaknya sukses kepimpinan
  9. Human centric

 Behind The Great Corporate Disaster Book by Sonny Gunawan - Gramedia Digital

Banyak lagi buku2 yang ditulis berkaitan dengan habit dalam bisnes keluarga ni, dan rata2 membincangkan "sikap" yang membuat sesebuah organisasi itu gagal. 

Lebih dari 15 tahun bekerja dalam institusi kekeluargaan ni. Memang betul apa yang dikatakan oleh penulis2 buku diluar sana. Sikap melebihi dari qualification. Maksudnya disini, walau bagaimana pandai dan bijak sekalipun kita di ambil bekerja, akhirnya keputusan adalah ditangan mereka. Kadang2 rasa tidak di hargai, di ketepikan dan macam2 lagi. Penat kita merancang dan memberi idea, tapi akhirnya mereka juga yang betul. 

Itu tak pe juga...yang tak tahannya sikap sombong dan kasarnya pada kita. Tak menghormati status kita di organisasi. Walaupun di tugaskan mengendali Sumber Manusia, namun, anaknya yang tak reti apa2 boleh pulak mengarahkan kita buat kerja...adooi...bingung...alhamdulillah at last dapat jugak aku angkat kaki. Lantaklah diorang dengan organisasi mereka nak tunjuk pandai, buat lah sendiri. Aku tak nak jadi balaci macam orang lain. Sekadar gaji banyak tu nak suruh buat semua kerja....teruk betul..siksa rasanya, macam kita dihambakan, macam rasanya bekerja dengan penjajah.

Nasiblah bekerja dengan syarikat keluarga ni, ada yang baik tapi kebanyakan nya menyiksa jiwa pekerja. Keputusan flip flop.  Sudah2lah...naik bosan asyik nak ikut cakap diorang. Macamana nk pergi international kalau tak de arah tuju? 

Duduk di meja pengurus, mempunyai Master in Business Administration..tak dipandang langsung...seolah2 seperti seorang kerani aje...lebih baik keluarga korang je lah buat kerja..daripada ambil orang luar tapi takde power.

Entah apa2 insentif diberi kepada keluarga diorang , bila tanya daripada timbulnya insentif ni dan kenapa...jawabannya share keluarga...haha..dah tu kitorang yang kerja bertungkus lumus ni tak de share ke? tak dihargai ke? Bengang betul..Tiap2 tiga bulan dapat..tak ke ko rasa sakit hati...entah mende2 punya insentif...Adik beradik, anak2 sedara kereta besor2...yang aku mintak nak guna untuk syarikat awal2 ditolak...cut cost katanya...nk je aku bullshit kan...nasib baik aku sabor...biasalah ini company "BAPAK AKU PUNYA"...hihi

Memang banyak kena bersabor bekerja dengan syarikat keluarga ni...seperti mana orang cakap "Either you leave them or join them"...hehe...tapi yang kekalnya biasalah orang yang pandai kipas....kipas satay....haha..Tapi aku taklah...aku ada pendirian sendiri..

Itulah dia sedikit sebanyak pengalaman bekerja dengan syarikat keluarga...kalau lain kali nak join ...berhati2 lah..hati kena kebal..terutamanya dengan bangsa lain...kalau tak cukup kebal dan tak cukup kipas...lebih baik jangan join...hehe

Itulah ye...chow dulu..dah nak makan tengahari ..perut lapor asik tulis gossip..bukan gossip tapi cuba nak sampaikan apa yang tersirat dihati...

Chow dulu..


 

 









Ulasan